pangandaran day one [18/12/07]  

Sunday, 21 December 2008

*salam*

post ini pasal liyana jalan-jalan di pangandaran. lebih kurang 200 km dari bandung. jalan nak ke sana memang bersimpang siur. bagi yang mabuk jalan bengkang-bengkok. aku rasa ambillah ubat tidur. tidur saja sepanjang perjalanan. perjalanan ini ambil masa lebih kurang 6 jam. ini merupakan destinasi bajet yang teramat kami.



jam 3 kami bertolak menaiki angkot ke stesen bas cicaheum.



di stesen bas. tunggu subuh, jam 5 bertolak. tiada bas AC a.k.a aircond (read: ase)

time rehat. jam 8 kot.

aku dan cik tiqah. [time ini pakcik beca itu menyucuk kami untuk menginap di tempat lain]

menaiki beca ke rumah tumpangan. yay! "aku dapat bau laut!" kata aku kepada cik tiqah.

ini lah rumah tumpangan itu. 400 ribu rp selama 4 hari 3 malam. 2 bilik.

lunch pertama kami. nasi padang. mahal banget.

nasi padang dan air air kelapa. kombinasi apakah ini.

akhirnya.....kakiku jejak di pasiran pantai yang tidak putih tapi kelabu..

tak boleh berenang disini okay!

usha makcik itu menangkap ikan. sangat cool.


terus berjalan



merenung langit.



menanti mentari senja membenamkan diri. subhanallah..mengamati dan merenung kekerdilan diri.






dan sang mentari pulang ke sarang.

balik malam itu. makan meggie saja kecuali aku. tidur. destinasi impian, Yomart. beli sardin untuk buat bekalan pagi esok. nak snorkling dan segala. ingat, ini destinasi bajet. maka kami kena sangat berjimat ok. XD dan aku sangat bersyukur kerana semua sangat tidak fussy complain itu ini tentang tempat ini. terima kasih kepada semua.

kesimpulan aku buat untuk hari pertama: sungguh indah ciptaan Allah kepada kita. sangat rugi kepada mereka yang tidak berfikir dan tidak bersyukur. janganlah menjadi golongan yang tidak bersyukur.

aku rasakan. kamu, kamu, dan kamu semua sangat sporting. baguslah tiada siapa kaki kritik. dan semuanya penjimat. bagus!

ahha...sambungan hari-hari seterusnya cik donut cokelat akan sambung. kekangan masa aku untuk buat full travel. upload gambar pun empat jam. haish. internet, silalah bergerak dengan garang dan laju untuk kesenangan bersama.. k la.cichow!~

klik untuk ke "donut cokelat"


AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster